Permainan Realiti Maya John Wick Chronicles Dilancarkan

Permainan Realiti Maya John Wick Chronicles Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 10, 2017 oleh .

Keanu Reeves dan watak lelaki tegas dengan kemampuan membunuh yang tinggi adalah sukar untuk dipisahkan. Filem John Wick yang muncul pada  tahun 2014 mendapat sambutan luar biasa dari peminat walaupun mempunyai jalan cerita yang tidak berapa menaik. Filem John Wick 2 sudah memasuki pawagam dan sempena penayangannya permainan John Wick Chronicles dilancarkan.

Tidak seperti permainan berasaskan filem biasa, John Wick Chronicles dihasilkan khas untuk dimainkan menggunakan peranti realiti maya. Buat masa ini hanya HTC Vive disokong. Permainan ini dihasilkan oleh Starbreeze yang menghasilkan permainan Payday. Kepada yang berminat menjadi John Wick, permainan ini dijual pada harga RM 38.

Muat turun John Wick Chronicle Untuk HTC Vive


TIPS & ULASAN