Fungsi Tingkap Mini Compact Overlay Dan Dynamic Lock Diumumkan Untuk Windows 10

Fungsi Tingkap Mini Compact Overlay Dan Dynamic Lock Diumumkan Untuk Windows 10

Diterbitkan pada Feb 10, 2017 oleh .

Di pejabat kami menggunakan dua monitor untuk melakukan kerja dengan lebih pantas. Sebagai contoh artikel boleh ditulis sambil melihat video pelancaran produk pada skrin kedua. Bagi mereka yang hanya mempunyai satu skrin ini sedikit sukar untuk dilakukan. Microsoft hari ini mengumumkan fungsi Compact Overlay dan Dynamic Lock untuk Windows 10 Insider Preview Build 15031.

Dengan Compact Overlay sebuah tingkap mini akan sentiasa terapung pada bucu skrin walaupun pengguna sedang menggunakan program lain. Ini membolehkan mereka menonton video atau menggunakan Skype sambil melayari web. Fungsi Compact Overlay ini sama seperti Pop Up WIndows yang digunakan pada peranti Samsung sejak Galaxy Note 4.

Pada waktu yang sama fungsi Dynamic Lock turut diumumkan. Komputer akan dikunci secara automatik selepas ia tidak mengesan telefon pintar yang ditambat menggunakan Bluetooth selama 30 saat. Sebelum ini ura-ura mengatakan Dynamic Lock menggunakan kamera untuk mengesan kehadiran pengguna di hadapan PC. Bagi mereka yang menyertai program Windows Insider, Windows 10 Insider Preview Build 15031 boleh dimuat turun sekarang.


TIPS & ULASAN