Cari @ Amanz

Kita hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum acara MWC berlangsung di Barcelona. Ramai pengeluar yang akan menggunakan acara tahunan ini untuk melancarkan peranti terbaru mereka. Tetapi Honor nampaknya tidak mahu menunggu lama dan bakal melancarkan peranti baru Honor V9 pada 21 Februari.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.7″ QHD,  pemproses 2.4GHz lapan teras, RAM 4/6 Gigabyte dan storan 64/128 Gigabyte.  Sistem dwi-kamera pada bahagian belakang menggunakan sensor 12+2 Megapixel dan kamera selfie pula sebesar 8-Megapixel. Akhir sekali bateri sebesar 3900 mAh melengkapi spesifikasi. Ia akan dilancarkan di China terlebih dahulu tetapi masih tiada maklumat sama ada ia akan dijual untuk pasaran global setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd