Cari @ Amanz

Liverpool ialah kelab bola sepak bersejarah dan penuh prestij. Ia adalah kelab England yang paling berjaya dengan lima Piala Juara-Juara Eropah.Walaupun sudah berpuluh tahun tidak memenangi liga Inggeris, kelab ini masih lagi mampu duduk di tangga ke-enam kelab bola sepak paling bernilai di dunia. Tetapi kelab ini hampir bankrap ketika di miliki oleh Tom Hicks dan George Gillett. Hutang yang dikumpul oleh dua pemilik ni menyebabkan Liverpool kemudian dijual kepada Fenway Sports Group pada tahun 2010.

Kes mahkamah melibatkan George Gillet dan Mill Financial sedang berlangsung. Menarik sekali perbicaraan ini mendedahkan hartawan terkemuka Bill Gates pernah ditawarkan untuk membeli Liverpool. Sungguhpun dihubungi, Gates tidak memberikan jawapan ke atas tawaran yang diberikan. Liverpool turut ditawarkan kepada hartawan Robert Kraft yang memiliki kelab New England Patriots.

Bill Gates ialah manusia terkaya di dunia dengan nilai harta mencecah RM 334 Billion. Sejak bersara dari Microsoft, Gates menumpukan perhatian membantu membasmi malaria, membina tandas untuk dunia ketiga, memberikan akses internet kepada semua dan mencari penyelesaian kepada masalah miskin tegar secara global. Membeli kelab bola sepak berkebarangkalian besar bukan kepentingan  utama hartawan yang ingin memperbaiki masalah dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd