Telegram Kini Menawarkan Aplikasi Untuk Android Wear 2.0

Telegram Kini Menawarkan Aplikasi Untuk Android Wear 2.0

Diterbitkan pada Feb 11, 2017 oleh .

Google pada minggu ini secara rasminya telah memperkenalkan sistem operasi jam tangan pintar mereka yang terbaru, iaitu Android Wear 2.0. Selari dengannya, pelbagai aplikasi baru diperkenalkan, dan kini pihak Telegram yang terkenal dengan penawaran aplikasi permesejan mereka turut melancarkan aplikasi untuk Android Wear 2.0.

Telegram Android Wear

Melalui aplikasi untuk skrin jam tangan pintar ini, ia membolehkan pengguna untuk melihat senarai mesej yang diterima, dan membalas dengan serta merta sama ada melalui teks, emoji, atau suara.

Sama seperti versi untuk desktop, Telegram menawarkan sokongan tema untuk aplikasi Android Wear mereka, membolehkan pengguna mengubah paparan mengikut apa yang selesa dengan mereka.

Telegram untuk Android Wear 2.0 boleh dimuat-turun melalui Google Play Store. Sekiranya anda mempunyai peranti menjalankan Android Wear 2.0, anda hanya perlu membuat carian Telegram dan memasangnya dari sana.


TIPS & ULASAN