Cari @ Amanz

Apple sebelum ini telah beberapa kali diperkatakan bakal menyertai arena augmented-reality (AR), dan kini melalui sebuah temuramah khusus, Tim Cook dilihat sekali lagi memberikan petanda yang mana Apple akan menyertai arena berkenaan.

Melalui temuramah bersama The Independent, Tim Cook dipetik mengatakan yang mana AR adalah sebuah idea besar – lebih kurang seperti telefon pintar. Seperti telefon pintar, AR dikatakan sebuah teknologi untuk semua pengguna tanpa mengira demografik, negara dan sebagainya. Tim Cook mengatakan beliau teruja dengan pelbagai perkara yang boleh dilakukan menggunakan AR yang meningkatkan kualiti hidup pengguna seluruh dunia.

Apple sebelum ini telah beberapa kali dilihat akan menyertai arena AR dan VR – termasuk telah mula mengambil pekerja untuk tujuan berkenaan. Selain Apple, pelbagai syarikat lain turut melihat kepada arena berkenaan – termasuk Microsoft melalui Hololens, dan Google melalui Project Tango.

Dengan pelbagai perkembangan ini, mungkinkah kita akan melihat Apple mengumumkan sesuatu berkaitan dengannya seawal tahun ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd