Illegear Hadir Dengan Komputer Riba Memfokuskan Permainan Pada Harga Kompetitif

Illegear Hadir Dengan Komputer Riba Memfokuskan Permainan Pada Harga Kompetitif

Diterbitkan pada Feb 13, 2017 oleh .

Jika anda tidak tahu, Illegear merupakan sebuah jenama pembuat komputer riba tempatan yang membina pelbagai jenis komputer riba khusus untuk penggemar permainan komputer. Terkini, syarikat tersebut baru sahaja mengumumkan komputer riba terbaru, yang dinamakan Illegear Q5 Evo, dan dibina khas untuk entry-level gaming.

Illegear Q5 Evo

Komputer riba Illegear Q5 Evo hadir dengan skrin paparan 15.6-inci dengan resolusi HD penuh, pilihan cip pemprosesan Kaby Lake Intel Core i5-7300HQ, sehinggalah Intel Core i7-7700HQ, memori capaian rawak 4GB (boleh dinaiktaraf sehingga 32GB), storan cakera keras 1TB, dan kad grafik NVIDIA GTX 1050 Ti.

Salah satu kelebihan komputer riba Illegear ialah teknologi penyejukan haba mereka yang memastikan laptop anda sentiasa sejuk walaupun anda sedang rancak bermain permainan komputer untuk tempoh masa yang lama.

Komputer riba Q5 Evo ini juga dilengkapi dengan sebuah papan kekunci RGB yang sangat popular kebelakangan ini, manakala, pada segi input/output pula, ia mempunyai lima port USB 3.0, termasuk satu port USB Type-C.

Illegear Q5 Evo

Buat masa ini, Illegear menyediakan empat variasi laptop Q5 Evo ini, termasuklah:

  • Intel Core i5-7300HQ, GTX1050 4GB GDDR5, 15.6” FHD IPS, 4GB 2400MHz DDR4, 1TB 7200RPM, Intel 8265 2×2 M.2 AC, Win 10 Home SL, dengan papan kekunci RGB untuk RM3,999.
  • Intel Core i5-7300HQ, GTX1050Ti 4GB GDDR5, 15.6” FHD IPS, 4GB 2400MHz DDR4, 1TB 7200RPM, Intel 8265 2×2 M.2 AC, Win 10 Home SL, dengan papan kekunci RGB untuk RM4,298.
  • Intel Core i7-7700HQ, GTX1050 4GB GDDR5, 15.6” FHD IPS, 4GB 2400MHz DDR4, 1TB 7200RPM, Intel 8265 2×2 M.2 AC, Win 10 Home SL, dengan papan kekunci RGB untuk RM4,398.
  • Intel Core i7-7700HQ, GTX1050Ti 4GB GDDR5, 15.6” FHD IPS, 4GB 2400MHz DDR4, 1TB 7200RPM, Intel 8265 2×2 M.2 AC, Win 10 Home SL, dengan papan kekunci RGB untuk RM4,697.

Jika anda ingin menaik-taraf memori capaian rawak, ataupun storan cakera keras anda ke sebuah SSD, anda turut boleh lakukannya dengan melawati laman web Illegear.

Lawati: Illegear Q5 Evo


TIPS & ULASAN