Canon Malaysia Menyambut Ulang Tahun Ke-30 Dengan Pameran Produk

Canon Malaysia Menyambut Ulang Tahun Ke-30 Dengan Pameran Produk

Diterbitkan pada Feb 13, 2017 oleh .

Tahukah anda, bahawa Canon Malaysia, sebuah syarikat Jepun yang terkenal dengan kamera dan mesin cetak mereka, sudah bertapak di Malaysia selama 30 tahun? Sejak 1987 yang lalu, Canon Marketing Malaysia telah berkembang dari 52 orang pekerja pada tahun 1987, ke 600 orang pekerja pada hari ini. Sepanjang tiga dekad ini, Canon Malaysia telah berkembang pesat dan melalui pelbagai perubahan dari tahun ke tahun.

Syarikat tersebut kini mempunyai sebuah pejabat utama, tujuh cawangan, dan rangkaian lebih dari 3000 rakan saluran pemasaran langsung di seluruh negara, sekaligus menjadikan Canon antara jenama yang dikenali ramai.

Sepanjang minggu ini, Canon Marketing Malaysia akan menyambut ulang-tahun ke-30 mereka dengan mengadakan sebuah ekspo produk-produk Canon di Centre Court, Mid Valley Megamall – di mana para pelawat akan dapat melihat barisan kamera dan mesin pencetak Canon yang baru dan lama, seperti kamera Canon EOS 5D MKIV, EOS M5, dan juga mesin pencetak Canon PIXMA E470 serta Maxify MB5470.

Selain daripada melihat sejarah 30 tahun Canon di Malaysia, dan membeli produk-produk mereka, para pelawat juga boleh menghantar kamera Canon mereka ke klinik servis kamera untuk pemeriksaan dan pembersihan untuk percuma. Klinik ini akan dibuka sepanjang ekspo tersebut, dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Jika anda tidak mempunyai apa-apa rancangan minggu ini, anda bolehlah meluangkan masa dengan melawat ekspo ini dengan rakan-rakan ataupun keluarga.


TIPS & ULASAN