Cari @ Amanz

Huawei Mate 9 merupakan telefon pintar berprestasi tinggi yang disasarkan kepada pengguna-pengguna professional. Tahukah anda ia bukan sahaja dilengkapi dengan 10 ciri-ciri yang sangat praktikal, malah kualiti rakamannya juga jauh lebih baik dilengkapi teknologi diiktiraf Leica.

Sekiranya anda mencari telefon berdasarkan keupayaan fotografi, berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat pada Huawei Mate 9 yang boleh memberikan idea sedikit sebanyak kenapa anda perlu mempertimbangkan untuk memiliki peranti ini.

Dwi Lensa Leica Dengan Teknologi Leica Generasi Ke-2

Jika Huawei P9 telah memperkenalkan teknologi diiktiraf Leica kali pertamanya pada telefon pintar, Huawei Mate 9 telah menjadi telefon pintar kedua yang bukan sahaja dilengkapi teknologi diiktiraf Leica, malah membawa pembaharuan pada teknologi tersebut. Bagi anda yang tidak mengetahui jenama Leica, ia merupakan antara jenama kamera beratus tahun sejak tahun 1914 dari Jerman, dan diakui kehebatannya.

Huawei P9 and P9 Plus merupakan smartfon Huawei pertama yang mengunakan teknologi Leica terutamanya dwi-kameranya. Pakar juru gambar seluruh dunia juga teruja dengan kehebatannya dalam membawakan kualiti gambar yang baik, malah membawa sensor pengimejan yang sama iaitu 12MP RGB dan 20MP Monokrom.

Bagi Huawei Mate 9, teknologi Leica Generasi kedua telah membawakan penambahbaikan dari segi algoritma fotografi dan enjin pemprosesan sekaligus menghasilkan gambar yang lebih baik.

Faktor utama yang membuatkan gambar yang dihasilkan oleh Dwi Lensa Leica standing professional adalah disebabkan penggunaan dwi kamera berkebolehan menyerap satu kali ganda lebih cahaya berbanding peranti yang mempunya 1 lensa. Secara saintifiknya, dua lensa boleh menyerap lebih cahaya untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas berbanding satu lensa. Teknologi Dwi Lensa Leica generasi pertama yang digunakan oleh P9 dan P9 Plus sebenarnya sudah sangat canggih berbanding kamera telefon pintar biasa yang mengunakan satu lensa.

Selain itu terdapat juga kawalan professional bagi merakam gambar. Pengguna bukan sahaja boleh memanipulasi shutter dan aperture, malah bagi menghasilkan gambar dengan kesan Bokeh yang lebih baik, pengguna boleh memanipulasi titik fokus gambar tersebut dan memfokus objek utama yang ingin ditonjolkan.

Penstabil Imej Optikal

Melengkapi kawalan professional adalah penstabil imej optikal yang turut digunakan pada kamera Huawei Mate 9. Dengan fungsi ini, gambar yang dihasilkan lebih jelas dan cantik meskipun dibawah keadaan yang kurang pencahayaan.

Bokeh Effect Dengan Kebolehan Merakam Terlebih Dahulu, dan Memfokus Kemudian (Capture First, Then Focus)

Salah satu perkara yang mudah dilakukan pada DSLR, namun tidak pada telefon pintar adalah untuk memanipulasi titik fokus dan menjadikan latarbelakang lebih kabur, atau menghasilkan kesan yang dipanggil Bokeh. Kesan sebegini popular pada telefon flagship seperti iPhone 7 Plus.

Akan tetapi fungsi ‘merakam dahulu, memfokus kemudian’ yang terdapat pada Huawei Mate 9 merupakan salah satu fungsi yang menerima pujian ramai jurugambar seluruh dunia. Malah bukan sahaja Huawei Mate 9, tetapi Mate 9 Pro, P9 & P9 Plus dipuji prestasinya.

Namun pada Huawei Mate 9, kadar kesan Bokeh-nya adalah lebih tinggi dan lebih baik. Ini dijayakan menerusi algoritma fotografi pada Mate 9 yang memastikan garis objek utama lebih jelas berbanding iPhone 7 Plus yang biasanya kabur. Algoritma fotografi yang dicipta Huawei mampu membezakan kedudukan objek dengan lensa, dan menghasilkan gambar yang lebih tepat.

Menyokong Rakaman Video 4K

Dengan kamera dwi-lensa dan teknologi diiktiraf Leica yang telah dinaiktaraf, Huawei Mate 9 turut membawakan fungsi rakaman video 4K. Seperti yang kita tahu, rakaman video 4K memberikan pengalaman rakaman dengan lebih teliti, pada resolusi yang lebih tinggi. Malah fungsi rakaman 4K juga dilihat banyak disertakan pada telefon pintar terkini dan sebagai telefon flagship professional, semestinya fungsi sebegini perlu disertakan pada Mate 9.

Namun apabila merakam video 4K, salah satu perkara yang membimbangkan pengguna adalah saiz fail yang digunakan untuk menyimpan rakaman tersebut. Pemilik Huawei Mate 9 tidak perlu bimbang kerana ia menggunakan compression H.265, sekaligus mengurangkan saiz fail rakaman sehingga 50%. Namun ia bukan menjadi masalah utama memandangkan telefon pintar ini dilengkapi ruangan storan sebesar 64GB.

8MP Selfie Autofokus

Fungsi selfie merupakan fungsi yang kerap menjadi rebutan ramai orang pada masa kini malah turut menjadi fokus utama beberapa pengeluar. Huawei tidak ingin ketinggalan dan menawarkan kamera 8MP untuk tujuan selfie dengan fungsi autofokus. Malah ia turut dilengkapi dengan fungsi merakam selfie semudah imbasan cap jari bagi mempercepat rakaman selfie dilakukan. Ia turut dilengkapi dengan fungsi untuk mencantikkan rakaman selfie.

Beauty Mode Untuk Rakaman Video

Sebut mengenai fungsi mencantikkan rakaman wajah, pada Huawei Mate 9 terdapat sehingga 10 tahap untuk mencantikkan wajah. Pengguna boleh membuang kesan jerawat, kedutan, dan sebagainya. Malah lebih dari itu, terdapat fungsi Beauty Video yang boleh mencerahkan tona warna kulit sewaktu rakaman video.

Pengecasan Pantas Supercharge Selama 20 minit Untuk Tahan Sepanjang Hari

Mungkin ini sedikit berlainan dari yang biasa namun pengecasan pantas merupakan satu faktor yang dapat membantu pengguna dalam memilih telefon pintar dengan keupayaan kamera yang baik. Bayangkan anda bergantung harap kepada peranti anda, dan terpaksa menanti untuk satu tempoh bagi mengecas peranti anda. Ia sekaligus menyebabkan kerja anda terganggu.

Pada Huawei Mate 9, terdapat fungsi Supercharge, dimana untuk tempoh sepanjang pengecasan selama 30 minit, pengguna dapat mengecas peranti sehingga 58%. Tahap tersebut boleh membuatkan Huawei Mate 9 tahan sepanjang hari. Dan pada pengecasan penuh, dengan kapasiti bateri sebesar 4,000 mAh, semestinya pengguna dapat menggunakan peranti ini dalam tempoh masa yang lama.

Perisian EMUI Huawei Ekslusif Yang Pantas Memuatkan Gambar Dalam Aplikasi

Jika anda memilih peranti dengan fokus terhadap rakaman gambar, anda pastinya akan merakam beribu-ribu gambar. Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan aplikasi galeri imej anda menjadi perlahan sewaktu memuatkan gambar tersebut. Semestinya anda tidak mahukan perkara ini berlaku selepas setahun atau selepas beribu-ribu gambar telah dirakam.

Menerusi Huawei Mate 9, ia menggunakan perisian terbaru iaitu EMUI 5.0 yang turut dilengkapi pembelajaran mesin. Apa yang dapat dilakukan adalah sistem ini akan mengoptimasikan penggunaan, dan membuatkan gambar dapat dimuatkan dengan pantas tanpa sebarang lengah-masa. Ini juga disebabkan Mate 9 mempunyai ISP tersendiri yang dibina bersama Kirin 960 chipsetnya yang akan mempercepatkan kelajuan memuatkan (loading) gambar dari galeri gambar.

Bayangkan beribu-ribu gambar yang telah dapat dirakam, dan anda dapat memilihnya tanpa kerugian masa bagi menanti gambar tersebut dimuatkan. Ini adalah berkat sistem EMUI yang dibangunkan Huawei.


Dengan lima ciri-ciri diatas, semestinya anda perlu pertimbangkan Huawei Mate 9 sekiranya ingin memilih telefon pintar dengan fokus terhadap fotografi. Ia dijual pada harga RM 2,699 dan melengkapkan peranti ini adalah perkhidmatan VIP seperti jaminan 3-bulan untuk paparan skrin LCD, pertukaran peranti satu-ke-satu untuk tempoh 12 bulan dan juga sokongan bantuan menerusi talian khusus.

Penafian: Advertorial dari Huawei

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd