Cari @ Amanz

Uber buat masa ini sedia menggunakan perkhidmatan peta pihak ketiga, seperti Google Maps pada aplikasi mereka. Namun, bergerak kehadapan, Uber telah mula merakamkan peta jalan raya mereka tersendiri dalam lebih memahami trafik dan sesuatu bandar dengan lebih baik.

Uber sebelum ini telah memulakan proses rakaman peta jalan raya di Amerika Syarikat, Mexico, Kanada, UK, Afrika Selatan dan Australia. Kini, mereka turut memperluaskan proses berkenaan di Asia Tenggara, bermula daripada Singapura.

Melalui rakaman peta ini, Uber mengatakan ia akan dapat lebih memahami sesuatu bandar itu dengan mendalam – termasuk mengetahui dimana pintu atau lokasi penghantaran yang dituju, keadaan trafik, dan data-data lain yang tidak terdapat pada perkhidmatan pemetaan sedia ada.

Uber akan menjayakan ia dengan melengkapkan sejumlah kenderaan pemandu dengan peranti pemetaan mereka dan mengumpulkan data melaluinya.

Seperti ramai sedia maklum, penggunaan peta sendiri ini juga kelak akan membantu Uber dalam merealisasikan kenderaan tanpa pemandu mereka – yang mana telah dimulakan ujian di Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd