WORQ Menerima Suntikan Dana Sebanyak RM3.5 Juta Untuk Luaskan Penawaran Tempat Kerja Sejawat

WORQ Menerima Suntikan Dana Sebanyak RM3.5 Juta Untuk Luaskan Penawaran Tempat Kerja Sejawat

Diterbitkan pada Feb 13, 2017 oleh .

WORQWORQ merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan tempat kerja sejawat dan bakal beroperasi mulai bulan Mac 2017 ini. Kini, sebagai langkah awal, mereka telah mendapatkan suntikan dana berjumlah RM3.5 juta daripada sejumlah pelabur – termasuk antaranya adalah Cradle Fund, SMG, dan 500 Durians.

Tempat kerja sejawat mereka yang pertama terletak di Glo Damansara, dan dijangka dapat menampung sekitar 400 ahli untuk menggunakannya dalam operasi dan kerja harian mereka.

Bagi anda yang tidak mengenali konsep tempat kerja sejawat, ia adalah salah satu trend terbaru yang semakin popular dikalangan syarikat-syarikat kecil baru – dimana mereka boleh menyewa meja dan menggunakannya dalam operasi harian dan kerja mereka. Ini adalah kerana syarikat kecil yang kurang daripada 5 pekerja dapat menjimatkan bayaran sewa dengan hanya perlu menyewa meja daripada tempat kerja sejawat seperti ini.

WORQ mengatakan bakal menawarkan perkhidmatan bermula serendah RM10 sehari yang memberikan akses kepada pelbagai kemudahan – termasuk bilik mesyuarat, kerusi urut, tempat mandi, tempat baring, dan sebagainya.

Kita mungkin akan dapat melihat WORQ terus memperluaskan penawaran mereka dengan suntikan dana berjumlah RM3.5 juta ini.


TIPS & ULASAN