Razer Blade Dikemaskini Dengan Pemproses Kaby Lake Dan Skrin 4K
Artikel Berkaitan

Razer Blade Dikemaskini Dengan Pemproses Kaby Lake Dan Skrin 4K

Diterbitkan pada Feb 14, 2017 oleh .

Komputer riba Razer Blade dikemaskini hari ini dengan pemproses Intel Core i7-7700HQ Kaby Lake. Dengan penggunaan pemproses terkini ini, komputer riba untuk peminat permainan komputer ini menjadi semakin berkuasa. Selain daripada itu Razer turut memberikan pilihan skrin 14″ dengan resolusi 4K.

Spesifikasi lain Razer Blade ialah kad grafik Nvidia GeForce GTX 1060 6GB GDDR5 RAM, RAM sebesar 16 Gigabyte DDR4 dan storan SSD sehingga 1 Terabyte. Papan kekunci yang menyokong sistem lampu Razor Chroma turut disertakan. Komputer riba ini akan memasuki pasaran antarabangsa pada Mac hadapan dengan harga bermula $1899 (~RM 8500). Harga dan tarikh jualan untuk versi skrin 4K akan diumumkan di lain waktu.


TIPS & ULASAN