Huawei P10 Disahkan Bakal Dilancar Pada MWC 2017 – Termasuk Huawei Watch

Huawei P10 Disahkan Bakal Dilancar Pada MWC 2017 – Termasuk Huawei Watch

Diterbitkan pada Feb 14, 2017 oleh .

Huawei kini telah hadir dengan video teaser khas, mengesahkan yang mana Huawei P10 akan dilancarkan pada acara Mobile World Congress yang akan diadakan penghujung bulan Februari 2017 ini. Seperti sebelum ini, Huawei P10 turut dijangka bakal menyertakan sokongan dwi-kamera padanya.

Selain daripada Huawei P10, pihak Huawei turut dijangka mengumumkan kemaskini jam tangan pintar terbaru mereka yang dijana menggunakan Android Wear 2.0. Kita mungkin akan dapat melihat rekaan muka jam bulat seperti generasi pertama sebelum ini, dan mungkin hadir dengan sokongan selular.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah pengumuman yang akan dibawakan oleh Huawei pada penghujung bulan Februari ini.


TIPS & ULASAN