Cari @ Amanz

Sempena ulang tahun tahun ke10 pelancaran iPhone, model yang bakal dilancarkan tahun ini dipercayai akan memperkelahikan beberapa fungsi baru yang tidak wujud selama ini. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, sistem pengecasan tanpa sudah disahkan akan disertakan selepas Apple menyertai badan pengeluar peranti yang menggunakan pengecasan tanpa wayar.

Ura-ura terkini ialah dua model iPhone tahun ini bukan sahaja mempunyai skrin lebih besar malah turut dilengkapi saiz bateri lebih berkuasa. Ini ialah ramalan dari Ming-Chi Kuo yang sebelum ini pernah melakukan ramalan yang tepat mengenai peranti keluaran Apple.

Untuk model asas “iPhone 8″, skrin akan meningkat dari 4.7″ ke 5.2”. Ini dilakukan dengan menggunakan skrin hampir tanpa bezel. Bateri yang  digunakan pula dipercayai meningkat ke 2600 mAh berbanding 1960 mAh sebelum ini. Ini pastinya dilakukan bagi memastikan hayat penggunaan peranti adalah lama sungguhpun dilengkapi skrin yang lebih besar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd