Cari @ Amanz

Honor Malaysia hari ini melalui para pengedar di Malaysia telah mulakan pra-tempahan untuk telefon pintar Honor 6X mereka yang terbaru – iaitu telefon pintar berspesifikasi pertengahan tetapi hadir dengan sokongan dwi-kamera di belakang.

Honor 6X hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, dan dilengkapi cip pemprosesan Kirin 655.

Honor 6X

Honor 6X menggunakan gabungan kamera 12-megapixel dan 2-megapixel pada bahagian belakang dalam membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam bentuk bokeh – dimana gambar dirakamkan dengan latar dikaburkan sedikit, sekaligus menghasilkan gambar yang cantik.

Honor 6X

Honor 6X

Honor 6X turut menggunakan EMUI 4.1 dengan Android 6.0. Pihak Honor sebelum ini diperkatakan bakal menawarkan kemaskini Honor 5.0 dengan Android 7.0 pada penghujung Mac 2017 atau awal April ini.

Dari segi ciri=ciri, ia menyertakan beberapa perkara pada EMUI, termasuk sokongan WiFi Bridge yang membolehkan Honor 6X beroperasi sebagai penguat untuk talian WiFi dirumah atau pejabat. Honor turut mengatakan mereka menawarkan jaminan tukar satu ke satu selama 6 bulan.

Di Malaysia, versi 3GB RAM dengan 32GB storan ditawarkan pada harga RM1199 dan akan dipasarkan bermula 17 Februari 2017. Sementara model 4GB RAM dengan storan 64GB berharga RM1399 dan ditawarkan bermula 6 Mac 2017 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd