BenQ ZOWIE Memperkenalkan Monitor Khusus Untuk Permainan Dan E-Sukan – ZOWIE XL2540

BenQ ZOWIE Memperkenalkan Monitor Khusus Untuk Permainan Dan E-Sukan – ZOWIE XL2540

Diterbitkan pada Feb 14, 2017 oleh .

Penularan e-Sports, ataupun sukan elektronik semakin pesat sejak kebelakangan ini – dengan tajuk-tajuk permainan seperti DoTA, Overwatch dan Counter-Strike: Global Offensive yang menarik minat jutaan penonton di seluruh dunia.

Tidak lama dahulu, ZOWIE, sebuah jenama aksesori gaming telah dibeli oleh BenQ. BenQ sendiri adalah suatu nama yang agak terkenal untuk siri monitor dan projektor mereka. Setelah pengambil-alihan tersebut, siri gaming BenQ dinamakan BenQ-ZOWIE, dan hari ini, jenama tersebut memperkenalkan gaming monitor terbaru mereka, ZOWIE XL2540 di Malaysia

Monitor BenQ

ZOWIE XL2540 ini mempunyai saiz paparan skrin 24.5-inci, pada resolusi HD penuh (1920×1080), dengan kadar segar semula natif 240Hz – iaitu hampir dua kali ganda lagi laju daripada kebanyakan monitor di dalam kategori ini di pasaran.

Untuk menggunakan ciri 240Hz ini, BenQ menyarankan anda menggunakan kad grafik NVIDIA GTX 980, ataupun AMD RX 480, dan juga port HDMI 2.0 ataupun DisplayPort untuk bandwidth yang mencukupi.

Monitor BenQ

Ciri-ciri yang lain termasuklah panel Shield, yang diletakkan di sebelah kiri dan kanan monitor tersebut untuk membantu mengurangkan gangguan luaran, dan memperbaiki fokus pemain terhadap permainan. Black Equalizer pula membenarkan anda melihat musuh-musuh anda yang bersembunyi di kawasan-kawasan yang gelap, tanpa perlu risau warna latar belakang permainan tersebut menjadi pudar.

Bagi anda yang selalu menukar tetapan skrin, monitor ZOWIE XL2540 ini juga hadir dengan S Switch, sebuah panel yang membolehkan pengguna menukar jenis input dan profil warna tanpa perlu menekan butang-butang OSD di belakang monitor.

Monitor BenQ ZOWIE XL2540 kini boleh dibeli dengan harga RM2399 di kedai-kedai komputer seperti Ultimate Zone dan JayaCom.


TIPS & ULASAN