Cari @ Amanz

Grab sebelum ini telah menguji program GrabRewards dikalangan pengguna tempatan dalam bentuk beta sejak bulan Disember 2016 lepas, dan bermula hari ini ia dilihat Grab telah mula menawarkan program ganjaran berkenaan secara rasminya kepada semua pengguna.

Melalui program ganjaran berkenaan, pengguna akan menerima mata ganjaran setiap kali membuat tempahan kenderaan menggunakan aplikasi Grab. GrabRewards meliputi empat tahap berbeza, iaitu Platinum, Gold, Silver dan juga ahli biasa.

Grab Rewards

Sejumlah ganjaran ditawarkan daripada perjalanan percuma sehinggalah daripada rakan kerjasama lain. Grab turut mengatakan yang mana mereka pada tahap Platinum akan menerima keutamaan apabila membuat tempahan kenderaan berbanding kepada ahli lain.

Bagi anda yang menggunakan Grab, anda boleh mengemaskini aplikasi Grab hari ini, dan menikmati ciri baru ini. Ia boleh diakses dengan menekan pada butang menu, dan menekan pautan Rewards pada bahagian bawah gambar profil anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd