Penjualan Monitor LG UltraFine 5K Dihentikan Oleh Apple
LG

Penjualan Monitor LG UltraFine 5K Dihentikan Oleh Apple

Diterbitkan pada Feb 14, 2017 oleh .

Monitor LG UltraFine 5K yang dilancarkan tahun lalu dihasilkan khas untuk digunakan sebagai paparan sekunder Apple Macbook Pro 2016. Dengan resolusi skrin yang tinggi dan sokongan Thunderbolt 3, ia dengan mudah mengubah komputer riba paling berkuasa Apple menjadi sebuah desktop. Penjualan monitor ini telahpun dihentikan oleh Apple setelah ramai pengguna melaporkan masalah gangguan paparan apabila ia diletakkan berhampiran sesetengah router.

Apple Store di seluruh Amerika Syarikat dinasihatkan supaya tidak menjual unit baru kepada pelanggan. Stok sedia ada turut ditarik dari kedai. Di atas talian waktu menanti untuk stok terkini mencecah lima minggu. Masalah perkakasan di dalam monitor ini dipercayai penyebab mengapa paparan berkelip-kelip dan kadang kala menjadi hitam. Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penarikan jualan LG UltraFine 5K buat masa ini.


TIPS & ULASAN