Sarung Tangan Flex-N-Feel Membolehkan Pasangan Jarak Jauh Merasai Sentuhan Kekasih
Artikel Berkaitan

Sarung Tangan Flex-N-Feel Membolehkan Pasangan Jarak Jauh Merasai Sentuhan Kekasih

Diterbitkan pada Feb 14, 2017 oleh .

Hari ini ialah Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai hari harga bunga ros dan coklat melonjak secara mendadak. Bagi pasangan kekasih, keluar makan malam adalah aktiviti yang paling kerap dilakukan bagi meraikan hari cinta ini. Bagi pasangan yang berjauhan, teknologi seperti Skype membolehkan mereka melepaskan rindu di atas talian.

Tetapi bagi mereka yang merindukan sentuhan si dia, sarung angan Flex-N-Feel telahpun dihasilkan oleh Simon Fraser University di Kanada. Sarung tangan dengan sokongan WiFi ini mengesan pergerakan pemakai sebelum melakukan pergerakan yang sama pada sarung tangan yang dipakai oleh individu kedua. Flex-N-Feel membolehkan pasangan merasai sentuhan orang tersayang dan dibelai walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh. Teknologi ini masih lagi sedang diperhalusi sebelum boleh digunakan secara komersial.

Sebelum ini kami ada memaparkan peranti The Kissenger yang membolehkan ciuman dihantar merentasi jarak yang jauh. Di masa hadapan alasan jarak jauh menyebabkan hilangnya rasa cinta mungkin tidak lagi boleh digunapakai.


TIPS & ULASAN