Cari @ Amanz

Dego Ride ialah perkhidmatan teksi menggunakan motor yang dilancarkan tahun lalu. Ianya alternatif lebih pantas berbanding Uber atau Grab kerana motosikal boleh merentasi kesesakan jalan raya dengan lebih mudah. Perkhidmatan ini mula mendapat perhatian pihak berkuasa setelah ia didapati tidak mempunyai permit untuk melakukan operasi. Pihak Kementerian Pengangkutan telahpun mengeluarkan arahan supaya perkhidmatan ini dihentikan serta merta atas sebab keselamatan.

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan telah mula melakukan operasi menyaman penunggang Dego Ride di ibu kota sejak semalam. Tiga orang pemandu setakat ini telah disaman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mereka boleh dikenakan denda sehingga RM 10000 atau penjara selama dua tahun. Pada waktu yang sama Nabil Feisal Bamadhaj, pengasas dan CEO Dego Ride turut diberikan notis untuk memberikan keterangan kepada JPJ.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd