Tempahan Untuk Kereta Terbang PAL-V Liberty Dibuka
Artikel Berkaitan

Tempahan Untuk Kereta Terbang PAL-V Liberty Dibuka

Diterbitkan pada Feb 15, 2017 oleh .

Menurut filem Back To The Future 2, kereta terbang sepatutnya telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Tetapi realiti tidak seindah fiksyen dan kereta terbang merentas udara  masih belum menjadi kebiasaan. Tetapi sekiranya anda mempunyai wang lebih, anda boleh melakukan tempahan untuk kereta terbang PAL-V Liberty.

Pra-tempahan untuk kereta merangkap girokopter ini sudah dibuka. Liberty mampu membawa seorang penumpang dan diperkasakan oleh dua enjin. Di dalam mod kereta, enjin 100 kuasa kudanya mampu memberikan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam. Di dalam mod girokopter pula, enjin 200 kuasa kudanya mampu memberikan kelajuan maksimum 180 kilometer sejam dengan jarak penerbangan sejauh 500 kilometer.

Ia boleh berubah dari mod kereta ke helikopter dalam masa 10 minit sahaja. Pemandu hanya perlu membuka kipas girokopter dan ekor pesawat secara manual. PAL-V Liberty dijual pada harga $399 000 (~RM 1.8 Juta) sebuah dan tempahan akan diterima seawal 2018.


TIPS & ULASAN