Apple Hadir Dengan Video Trailer Pertama Untuk Rancangan Siri Realiti TV, Planet of The Apps

Apple Hadir Dengan Video Trailer Pertama Untuk Rancangan Siri Realiti TV, Planet of The Apps

Diterbitkan pada Feb 14, 2017 oleh .

Sejak daripada tahun lepas, kita telah sedia maklum akan mengenai siri realiti-TV daripada Apple yang dalam pembangunan, dinamakan sebagai Planet of the Apps. Kini, Apple telah pun menerbitkan video trailer pertama untuk siri berkenaan, dan bakal ditawarkan kepada para pengguna Apple Music tidak lama lagi.

Melalui rancangan berkenaan, para pembangun boleh hadir dan berkongsi idea mereka dengan empat orang mentor yang popular dalam arena sosial masa kini. Seterusnya, idea dan aplikasi yang diterima akan melalui proses pembangunan dan akhir sekali ia akan dipersembahkan kepada para pelabur untuk menerima pelaburan.

Apple sendiri akan mempersembahkan aplikasi yang terpilih berkenaan di muka utama AppStore – sekaligus mempertingkatkan kadar muat-turun untuknya.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan. Apple mengatakan rancangan ini boleh dinikmati oleh para pelanggan Apple Music tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN