Cari @ Amanz

Facebook hari ini mengumumkan sejumlah fungsi baru memfokuskan pada video yang akan diperkenalkan pada web, selain aplikasi mudah-alih mereka di Android dan iOS. Antaranya adalah sokongan video menegak, pemain video yang tertindih ketika anda sedang menatal NewsFeed, dan memainkan bunyi ketika video dimainkan automatik ketika menatal News Feed.

Pada Facebook hari ini, ketika anda menonton video menegak – terutamanya pada peranti mudah-alih, ia agak kurang menarik memandangkan dilengkapkan dengan bingkai berwarna hitam di tepi. Kini, Facebook ingin memenuhkan skrin berkenaan, dan menawarkan sokongan paparan video menegak di Android dan iOS.

Selain daripada itu, kini ketika anda sedang menatal video di News Feed, bunyi pada video akan dimainkan secara automatik – dan bukannya lagi perlu anda tap pada video untuk memainkan bunyi. Facebook mengatakan ia akan bergantung kepada tetapan audio di peranti pengguna – maka anda mungkin perlu mematikan bunyi audio pada peranti supaya tidak terkejut ketika sedang menatal Facebook.

Facebook Video

Disamping itu, satu lagi ciri baru yang dibawakan adalah sokongan paparan Picture-in-Picture, dimana video akan dimainkan dalam pemain yang tertindih pada NewsFeed ketika anda sedang menatal NewsFeed. Ini membolehkan anda melihat video dimainkan pada tetingkap kecil di tepi sementara anda masih boleh mengikuti pelbagai perkembangan semasa rakan-rakan di NewsFeed.

Seperti biasa, ada pengguna yang sudah menerima fungsi ini – dan bagi anda yang lain, ia dijangka diperkenalkan secara berperingkat pada minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd