PewDiePie Kehilangan Pengiklanan Premium Dan Musim Baru Rancangan Dibatalkan Kerana Video Jenaka Perkauman

PewDiePie Kehilangan Pengiklanan Premium Dan Musim Baru Rancangan Dibatalkan Kerana Video Jenaka Perkauman

Diterbitkan pada Feb 15, 2017 oleh .

PewDiePie ialah selebriti YouTube terkaya di dunia dengan pendapatan mencecah puluhan juta ringgit tahun lalu. Beliau juga memegang rekod jumlah pelanggan saluran tertinggi di laman penstriman video nombor satu dunia ini. Semalam pihak Disney (melalui Maker Studios) memutuskan hubungan dengan beliau selepas PewDiePie memuat naik video yang mempunyai elemen perkauman

Kerana perbuatan yang sama pihak Google kini mengeluarkan beliau dari program YouTube Preferred yang membolehkan beliau mendapat pengiklanan premium. Musim kedua rancangan Scare PewDiePie yang dilanggan menerusi YouTube Red turut dibatalkan secara serta merta.

Ini pastinya akan meninggalkan impak negatif terhadap pendapatan beliau tahun ini. Tetapi sekiranya beliau diharamkan terus dari YouTube sekalipun, Felix Kjellberg sudah mengumpul harta yang mencukupi untuk bersara pada usia 27 tahun.


TIPS & ULASAN