Masihkah anda ingat iklan untuk permua Pokemon GO yang muncul pada tahun 2015? Ia memaparkan kemampuan bertukar-tukar Pokemon dan fungsi pemain menentang pemain seperti di dalam permainan sebelum ini. Namun apabila ia dilancarkan tahun lalu, kesemua fungsi ini tidak disertakan. Selepas beberapa bulan jumlah pemain berkurang secara mendadak kerana tiada aktiviti menarik boleh dilakukan.
Menerusi temubual bersama laman Waypoint, John Hanke CEO Niantic mengesahkan kedua-dua fungsi yang paling dikehendaki ini akan hadir dalam masa terdekat. Kemas kini yang seterusnya dipercayai akan memberikan peluang pemain Pokemon GO benar-benar memenuhi impian menjadi Ash Ketchum sebenar.
Menurut beliau lagi fungsi ini pada asalnya ingin disertakan dari awal tetapi masalah bebanan melampau ke atas server memaksa Niantic untuk tidak mengaktifkannya. Dengan dua fungsi ini mungkin demam Pokemon GO akan kembali semula dan ramai akan tidak mempedulikan fatwa pengharamannya secara pukal.