Vernee Apollo 2 Peranti Pertama Dilengkapi Pemproses 10 Teras Helio X30 Akan Dilancarkan Di MWC

Vernee Apollo 2 Peranti Pertama Dilengkapi Pemproses 10 Teras Helio X30 Akan Dilancarkan Di MWC

Diterbitkan pada Feb 15, 2017 oleh .

Berapakah teras yang diperlukan pada sebuah peranti pintar? Di atas kertas lebih banyak teras semakin tinggi kemampuan peranti melakukan proses multi tasking. Tetapi seperti boleh lihat, peranti dengan empat teras seperti iPhone 7 dengan mudah mengalahkan peranti dengan lapan teras seperti Galaxy S7 Edge. Vernee Apollo 2 yang dilengkapi pemproses MediaTek Helio X30 akan menjadi peranti pertama dengan pemproses 10 teras.

Peranti ini akan dilancarkan secara rasmi di MWC 2017 pada penghujung bulan ini. Dari gambar teaser yang diperlihatkan oleh Vernee, Apollo 2 dilengkapi RAM 6/8 Gigabyte dan storan 64/128 Gigabyte. Pemproses 10 teras Helio X30 ini dihasilkan menggunakan teknologi 10 nm. Sistem tri-cluster dilengkapi empat teras Cortex A73 pada kelajuan 2.8GHz, empat teras Cortex A53 pada kelajuan 2.2GHz dan dua teras Cortex A53 pada kelajuan 2GHz.

Selain Apollo II, Vernee turut akan memperlihatkan Mars Pro, Thor E dan Thor Plus di MWC kelak. Nantikan laporan lengkap kami mengenai kesemua peranti ini secara langsung dari Barcelona.


TIPS & ULASAN