Cari @ Amanz

Kurang dua minggu sahaja lagi sebelum pelancaran Huawei P10 di MWC 2017. Rekaan peranti gantian kepada P9 yang mendapat sambutan hangat ini sekali lagi tertiris. Hari ini mari kita lihat rekaan Huawei P10 Plus yang dilengkapi skrin dwi-lengkung.

Seperti P9, ia mengekalkan pengimbas cap jari pada panel belakang dengan dwi-kamera Leica. Dari ura-ura yang didengari peranti ini dilengkapi skrin 5.5″ QHD, pemproses Kirin 960 dan pilihan storan sehingga 128 Gigabyte. Rekaan peranti ini pada hemat kami cukup seksi dan menyerupai Mate 9 Pro. Untuk pandang pertama peranti ini sejurus selepas pelancarannya di Barcelona, teruskan bersama Amanz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd