Huawei Sedang Membangunkan Pembantu Digital Pintar Mereka Tersendiri Untuk Telefon Pintar

Huawei Sedang Membangunkan Pembantu Digital Pintar Mereka Tersendiri Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan pada Feb 16, 2017.

Pembantu digital pintar pada telefon pintar telah menjadi salah satu komponen utama – dan dilihat akan menjadi sebab tambahan untuk pemilihan peranti oleh pengguna. Apple mempunyai penawaran Siri, Google dengan Google Assitant, Microsoft dengan Cortana, dan Samsung diperkatakan bakal hadir dengan Bixby. Pihak Huawei turut tidak ketinggalan dan dijangka bakal memperkenalkan pembantu pintar berasaskan kawalan suara tersendiri untuk telefon pintar.

Huawei kini mempunyai lebih 100 jurutera yang sedang membangunkan teknologi berkenaan di China. Pembantu pintar Huawei ini dikatakan boleh berkomunikasi dalam bahasa Cina, dan disasarkan untuk pengguna di China – sementara untuk pasaran global, Huawei akan terus bekerjasama dengan Google dan Amazon.

Membangunkan “Siri” tersendiri akan membantu peranti Huawei mempunyai nilai tambahan – terutamanya di China yang mempunyai persaingan sangat tinggi. Apatah lagi perkhidmatan Google tidak ditawarkan di tanah besar berkenaan.

Di China, selain Huawei, enjin carian terbesar di sana, iaitu Baidu turut mempunyai penawaran perkhidmatan berasaskan suara mereka tersendiri sejak 2015 lepas.


TIPS & ULASAN