Semakin hampir kita kepada MWC, semakin kerap rekaan peranti yang akan dilancarkan tertiris ke arena web. Sebelum ini rekaan Huawei P10 Plus tertiris, kini giliran Lenovo Moto G5 dan G5 Plus tertiris sebelum pelancarannya secara rasmi di MWC.
Kita mulakan dengan Lenovo Moto G5 Plus yang dilengkapi skrin 5.2″ HD penuh, pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 2 Gigabyte, storan 64 Gigabyte, kamera utama 12-Megapixel. kamera selfie 5-Megapixel dan bateri 3000 mAh.
Lenovo Moto G5 pula dilengkapi skrin 5.0″ HD penuh, pemproses Snapdragon 430. RAM sebesar 2 Gigabyte. storan 32 Gigabyte, kamera utama 13-Megapixel, kamera selfie 5-Megapixel dan bateri 2800 mAh. Nantikan pandang pertama kedua-dua peranti ini dari kami terus dari Barcelona.