Meizu M5s Dilancarkan Secara Rasmi

Meizu M5s Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Feb 16, 2017 oleh .

Rekaan Meizu M5s tertiris seminggu yang lalu. Semalam peranti ini akhirnya dilancarkan secara rasmi. Ia sebuah peranti kelas permulaan dengan skrin 5.2″ IPS LCD HD, pemproses MediaTek MT6753, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 16/32 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte.

Kamera utama ialah sebesar 13-Megapixel f/2.2 PDAF manakala kamera selfie pula sebesar 5-Megapixel f/2.0. Bateri sebesar 3000 mAh disertakan dan menyokong sistem pengecasan pantas MCharge. Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam dan sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada dagu peranti.  Harga jualan peranti ini bermula dari RMB 799 (~RM 518).

 


TIPS & ULASAN