Cari @ Amanz

Setiap tahun Grab telah memperkenalkan perkhidmatan baru untuk pasaran tempatan dan pada hari ini mereka telah memperkenalkan perkhidmatan GrabShare, dimana penumpang boleh berkongsi kenderaan GrabCar ke destinasi yang mereka tujui.

Menggunakan GrabShare, Penumpang A perlu memilih GrabShare dan akan dijemput oleh pemandu GrabShare. Kemudian, jika Penumpang B memilih GrabShare, ia akan dipadankan dari segi lokasi dan beberapa faktor. Penumpang A dan Penumpang B hanya boleh membawa tambahan seorang rakan, dan pada satu masa hanya dua tempahan GrabShare dibenarkan untuk satu kenderaan.

Dari segi kos, tambang yang dikenakan adalah 30% lebih rendah dari GrabCar. Seperti contoh, tambang dari Jaya 33 ke Midvalley bernilai RM12 menggunakan GrabCar namun jika pengguna menggunakan GrabShare, mereka hanya perlu membayar RM8.50. Bagi pemandu, mereka boleh mengambil dua perjalanan pada kawasan berhampiran disamping menggandakan pendapatan dan menjimatkan minyak untuk perjalanan yang sama.

Perkhidmatan GrabShare adalah berbeza dari GrabHitch, dimana GrabShare merupakan pemandu-pemandu GrabCar sekaligus mempunyai lebih ramai pemandu. Jika GrabHitch memerlukan pengguna memasukkan jadual, GrabShare merupakan perkhidmatan pantas dan sedia digunakan pada bila-bila masa.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan GrabShare di Malaysia bermula hari ini tanpa perlu mengemaskini aplikasi anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd