Penghawa Dingin Baru Samsung Hadir Dengan Ciri “Bebas Angin” – Tapi Mungkin Tidak Akan Hadir Ke Malaysia

Penghawa Dingin Baru Samsung Hadir Dengan Ciri “Bebas Angin” – Tapi Mungkin Tidak Akan Hadir Ke Malaysia

Diterbitkan pada Feb 16, 2017 oleh .

Samsung boleh dikatakan agak popular dengan penawaran telefon pintar mereka, tetapi ia juga merupakan sebuah jenama yang tidak asing untuk barangan peralatan elektronik rumah seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk, dan juga penghawa dingin.

Terkini, lanjutan daripada pengenalan penghawa dingin baru daripada Samsung di CES 2017 bulan lepas, hari ini Samsung turut telah memperlihatkan penghawa dingin terbaru mereka, AR9500M Wind-Free. Melalui penghawa dingin ini, ia memfokuskan kepada ciri “bebas-angin”.

Samsung Wind Free

Melalui ciri ini, selepas suhu bilik yang inginkan dicapai, penghawa dingin berkenaan akan secara automatik beralih kepada mod “Free Wind” yang mana ia beroperasi tanpa proses tiupan angin kuat seperti kebiasaan.

Samsung mengatakan ia menggunakan lebih 21,000 lubang udara dalam mengalirkan udara sejuk secara sekata – lebih kurang seperti apa yang dilakukan dalam peti sejuk.

Samsung Wind Free

Dengan ciri baru ini, ia akan membolehkan anda yang duduk dibawah penghawa dingin tidak berasa rimas – termasuk ketika anda sedang tidur kerana angin tidak bertiup, tetapi suhu bilik adalah sejuk.

Seperti penghawa dingin lain, ia juga menyertakan ciri seperti penjimatan tenaga dan integrasi sokongan menggunakan WiFi.

Samsung Wind Free

Walaubagaimanapun, untuk pengguna tempatan, salah satu perkara yang mungkin sedikit mendukacitakan adalah dimana kebarangkalian untuk Samsung membawa masuknya dalam masa terdekat adalah sangat kecil. Apa pun, tidak mustahil untuk kita melihat untuk ia hadir pada suatu masa nanti – atau mungkin Samsung akan mengintegrasikan ini pada pelbagai penghawa dingin mereka pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN