HTC Tidak Akan Mengeluarkan Telefon Pintar Berspesifikasi Rendah Pada Tahun ini
HTC

HTC Tidak Akan Mengeluarkan Telefon Pintar Berspesifikasi Rendah Pada Tahun ini

Diterbitkan pada Feb 17, 2017 oleh .

HTC boleh dikatakan semakin berkurangan penggunanya dari hari ke hari – antaranya adalah disebabkan oleh pemasaran peranti yang kurang, dan mungkin kerana perantinya agak sukar didapati di pasaran berbanding jenama-jenama lain. Perkara ini juga secara tidak langsung memberikan impak kepada keadaan kewangan syarikat berkenaan.

Kini, dalam usaha memulihkan keadaan kewangan syarikat, untuk tahun ini, HTC dijangka hanya hadir dengan antara 6 ke 7 telefon pintar sahaja. Memandangkan mereka telah memperkenalkan dua peranti dibawah HTC U sebelum ini, mungkin kita akan melihat sekitar 4-5 peranti lagi pada tahun ini.

Pada masa yang sama, salah satu perkara yang diperkatakan adalah dimana HTC mungkin akan mengelak daripada mengeluarkan peranti berspesifikasi rendah – sebaliknya lebih memfokuskan kepada peranti berspesifikasi tinggi dan pertengahan.

Salah satu sebabnya adalah kerana persaingan pada keluarga peranti berspesifikasi rendah adalah sangat tinggi – dan pada masa yang sama keuntungan yang dijana dikatakan adalah rendah.

Dengan perubahan ini, mungkinkah kita akan melihat HTC akan kembali untung pada tahun ini, ataupun sebaliknya?

TIPS & ULASAN