Supercell Mungkin Tidak Melancarkan Permainan Baru Pada Tahun Ini

Supercell Mungkin Tidak Melancarkan Permainan Baru Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 17, 2017 oleh .

Supercell merupakan salah satu nama yang tidak asing bagi para peminat permua (permainan mudah-alih). Mereka sedia popular untuk permainan Clash of Clans dan Clash Royale, selain telah diambil-alih oleh Tencent dari China pada tahun lepas.

Disamping pengambil-alihan, Supercell dilihat terus menjana pendapatan yang tinggi pada tahun lepas walaupun mendapat persaingan sengit daripada permainan seperti Pokemon Go dan lain-lain.

Kini, untuk tahun ini, semestinya ramai yang menantikan permainan baru daripada Supercell.

Menurut Reuters, Supercell mungkin mencuba permainan baru kelak pada tahun ini di beberapa buah negara terpilih – tetapi mereka masih tiada perancangan penuh untuknya buat masa ini.

Sekiranya benar, mungkin kita tidak akan melihat permainan baru dilancarkan sepenuhnya pada tahun ini dan perlu menantikan tahun 2018 untuk melihat permua terbaru daripada Supercell. Apa pun, mungkin Supercell akan lebih memfokuskan kepada ciri-ciri tambahan pada permainan sedia-ada, selain mengambil sedikit masa sebelum hadir dengan permua popular seterusnya.

TIPS & ULASAN