Fungsi Facebook Stories Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna Malaysia

Fungsi Facebook Stories Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Feb 17, 2017 oleh .

Facebook kini nampaknya telah mula memperkenalkan salah satu ciri baru pada aplikasi mudah-alih Android dan iOS untuk pengguna tempatan, iaitu Facebook Stories. Melaluinya, ia memaparkan ikon seumpama pada Instagram, dan pengguna boleh berkongsi gambar dan video yang dipadamkan dalam tempoh 24 jam.

Facebook Stories

Daripada pengamatan kami, Facebook telah mula memperkenalkannya secara meluas dikalangan pengguna tempatan. Pelbagai pengguna juga turut telah mula menggunakannya dalam berkongsi kemaskini – atau sekadar menguji ciri baru ini.

Melaluinya, ia menawarkan fungsi yang serupa pada Instagram melalui Instagram Stories. Pengguna boleh merakamkan gambar atau video – menambah kesan khas, dan berkongsi ia dengan rakan-rakan lain. Segala perkongsian akan dipadam secara automatik selepas tempoh 24 jam. Ciri ini pada awalnya telah dibangunkan oleh Snapchat, dan turut dipopularkan oleh Instagram.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi mudah-alih Facebook pada Android atau iOS, mungkin boleh mengemaskini aplikasi anda dan melihat ciri baru ini.

Facebook Stories

TIPS & ULASAN

<script>