Cari @ Amanz

Opera telah memperlihatkan pelayar web konsep mereka beberapa minggu lepas, dan kini melalui versi pembangunan Opera terkini, mereka sedang membangunkan antaramuka baru untuk pelayar web desktop mereka, dikenali dengan nama kod “Reborn”.

Opera Dev

Ia kini menawarkan kemaskini rekaan yang tampak lebih elegan, dan juga bahagian tepi kiri yang menawarkan akses pantas kepada beberapa ciri-ciri pelayar web, dan juga sokongan akses pantas ke beberapa aplikasi – sebagai contoh untuk Facebook Messenger. Jika anda pernah mencuba versi konsep Opera sebelum ini, mungkin sedia maklum yang mana rekaan bar-tepi ini adalah menyerupai apa yang terdapat pada pelayar web konsep berkenaan.

Antaramuka baru juga hadir dalam pilihan tema hitam atau putih, selain pengguna boleh mengawal ciri astetik melalui penggunaan Themes.

Ini baru sebahagian daripada kemaskini yang ditawarkan oleh Opera, dan mungkin lebih banyak ciri-ciri baru akan diperkenalkan melalui “Reborn” ini kelak. Jika anda berminat untuk mencubanya, boleh memuat-turun Opera versi pembangunan awal hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd