Carian
Samsung Mungkin Menggunakan Cip Exynos Siri-9 Pada Telefon Pintar Galaxy S8
February 18, 2017 Aman

Menjadi kebiasaan untuk Samsung memperkenalkan cip pemprosesan terbaru dibawah keluarga Exynos sebelum mengumumkan sesuatu telefon pintar utama mereka. Kini, dengan pelbagai desas desus berkaitan Galaxy S8, pihak Samsung melalui Exynos kini turut memperlihatkan teaser dimana mereka bakal melancarkan cip Exynos Siri-9 tidak lama lagi.

Samsung Exynos 9

Untuk makluman anda, Galaxy S7 sebelum ini menggunakan cip Exynos 8890. Melalui cip Siri-9 ini, Samsung dijangka akan menggunakan binaan berasaskan rekaan 10nm – lebih kurang sama seperti apa dilakukan oleh Samsung untuk Snapdragon 835.

Buat masa ini, info mengenai Exynos 9xxx masih menjadi misteri lagi, dan mungkin kita akan mendengarnya tidak lama lagi. Apa yang pasti, ia mungkin bukan sahaja menawarkan pemprosesan dan penggunaan tenaga yang efisyen, tetapi juga dijangka akan dioptimasikan untuk realiti-maya dan sebagainya.

Komen