Cari @ Amanz

Apple pada Macbook baru telah memperkenalkan sebuah skrin sentuh kecil pada bahagian atas papan kekunci, dan memanggilnya sebagai TouchBar. Sejumlah perisian telah mengintegrasikan sokongan akses pantas dan menu khusus pada TouchBar, dan terkini pihak Microsoft turut menambah sokongan berkenaan untuk perisian Microsoft Office mereka.

Melalui kemaskini Microsoft Office terbaru, ia menyertakan sokongan TouchBar untuk Word, Excel dan juga Powerpoint. Ia sekaligus membolehkan pengguna memfokuskan kepada menaip dokumen pada skrin utama, sementara beberapa menu akses pantas dilokasikan pada TouchBar.

Word Touch Bar

Pada Word, pengguna boleh mengaktifkan mod yang dinamakan sebagai Focus Mode dalam memfokuskan kepada hanya menaip dokumen, dan beberapa menu daripada bahagian menu diletakkan pada TouchBar. Untuk Excel pula, beberapa formula matematik diperlihatkan pada Touch Bar.

Fungsi sokongan Touch Bar juga dijangka akan hadir pada Outlook tidak lama lagi.

Sebelum ini, ciri baru ini hanya terhad kepada pengguna Office Insiders sahaja, tetapi telah mula ditawarkan kepada umum bermula Februari ini. Bagi anda yang menggunakan Microsoft Office pada Mac, anda boleh mengemaskini perisian anda hari ini dan menikmati ciri baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd