Meizu M5 Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM599

Meizu M5 Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM599

Diterbitkan pada Feb 20, 2017 oleh .

Meizu merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dari China. Di Malaysia, mereka sedikit popular dikalangan pengguna yang inginkan peranti berspesifikasi pertengahan pada harga kurang RM1000. Selepas memperkenalkan beberapa peranti sebelum ini, kini Meizu M5 turut telah mula ditawarkan di pasaran tempatan.

Meizu M5

Meizu M5 hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci pada resolusi 720p, dijana menggunakan cip MediaTek MT6750, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Seperti sebelum ini, ia mengekalkan sokongan dwi-SIM, dan ia dilengkapi Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka khusus Meizu yang dipanggil Flyme.

Di Malaysia, Meizu M5 dijual pada harga RM599, dan sudah boleh didapati daripada para penjual dalam pilihan warna emas atau hitam.


TIPS & ULASAN