Cari @ Amanz

Tahun lalu ZTE memulakan Projek CSX bagi mengumpul idea dari orang ramai bagi menghasilkan sebuah peranti baru. Dari idea yang dikumpul ZTE Hawkeye diumumkan Januari lalu di CES. Kempen Kickstarter bagi mengumpulkan dana kemudian dimulakan di Kickstarter.

Kempen Kickstarter untuk peranti ini akhirnya dihentikan kerana kurang mendapat sambutan. Hanya 200 orang menunjukkan minat dengan dana terkumpul  sekitar $37000. Ini adalah jauh dari $500000 yang disasarkan oleh pihak ZTE.

Projek CSX akan diteruskan tetapi pihak ZTE akan mempertingkatkan spesifikasi peranti yang dihasilkan. ZTE Hawkeye hanya dilengkapi pemproses Snapdragon 625 dan ini adalah penyebab mengapa ia kurang mendapat sambutan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd