Cari @ Amanz

HTC One X9 dilancarkan di MWC tahun lalu dan akhirnya memasuki pasaran Malaysia pada bulan Julai. HTC One X10 dijangka akan diperlihatkan secara rasmi di MWC 2017. Rekaan peranti ini akhirnya tertiris ke arena web dan peranti ini akhirnya mempunyai sokongan pengimbas cap jari.

Pengimbas cap jari berbentuk bulat terletak pada panel belakang peranti. Sistem navigasi fizikal pada bahagian dagu dikekalkan. Dari segi spesifikasi pula ia bakal dilengkapi skrin 5.5″ HD Penuh, pemproses MediaTek MT6755V, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 16-Megapixel dan kamera selfie 8-Megapixel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd