Imej Baru Dari Final Fantasy VII Remake Dan Kingdom Hearts III Diperlihatkan

Imej Baru Dari Final Fantasy VII Remake Dan Kingdom Hearts III Diperlihatkan

Diterbitkan pada Feb 20, 2017 oleh .

Final Fantasy VII Remake dan Kingdom Hearts III ialah dua permainan yang amat dinantikan oleh peminat siri ini. Penantian untuk kedua-dua permainan ini sudah berlarutan agak lama dan sehingga kini tarikh pelancaran masih belum diketahui.

Di acara Magic 2017 yang berlangsung hujung minggu yang lalu, imej baru dari kedua-dua permainan yang masih di dalam pembangunan diperlihatkan.Ketiga-tiga imej yang dikongsikan menerusi akaun media rasmi permainan menunjukkan aksi watak utama bertempur.

Masih tiada maklumat tentang bilakah kedua-dua permainan akan dilancarkan. Penantian akan berterusan tetapi sekurang-kurangnya kualiti grafik permainan kini diketahui.


TIPS & ULASAN