Cari @ Amanz

Pengambilalihan Harman International oleh Samsung diumumkan November tahun lalu. Pembelian dilakukan oleh Samsung kerana akses kepada dunia peranti berhubung automotif yang dipegang oleh Harman. Selain daripada itu ia membuka kepada penggunaan teknologi audio berkualiti tinggi Harman Kardon, JBL dan Bang&Olufsen pada peranti keluaran Samsung.

Pengambilalihan ini ditentang oleh sebahagian pemegang saham Harman. Undian dilakukan Jumaat lalu dan majoriti pemegang saham bersetuju untuk meneruskan urusan pengambilalihan bernilai $8 Billion (~RM 36 Billion). Harman berharap urusan pengambilalihan akan dapat diselesaikan pada suku ke-tiga tahun ini selepas menerima kelulusan pihak berkuasa antimonopoli di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, China dan Korea.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd