Cari @ Amanz

Xiaomi sebelum ini telah diperkatakan bakal mengeluarkan cip pemprosesan tersendiri – lebih kurang seperti Apple dengan siri-A, Samsung dengan Exynos, dan Huawei dengan Kirin. Kini, lanjutan daripada pelbagai desas-desus, ia diketahui Xiaomi bakal melancarkan cip pemprosesan tersendiri mereka itu pada 28 Februari 2017 kelak.

Xiaomi Pinecone

Pengeluaran cip pemprosesan tersendiri ini juga bakal memudahkan lagi pihak Xiaomi mengoptimasikan sistem operasi MIUI mereka, disamping mengurangkan lagi kos pengeluaran peranti.

Buat masa ini, info penuh mengenai cip pemprosesan terbaru ini masih tidak diketahui, malah nama akhirnya juga menjadi tanda tanya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 28 Februari ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Xiaomi – sekaligus menjadi pengeluar ke-4 yang hadir dengan cip pemprosesan tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd