Uber Menawarkan Diskaun RM4 Untuk 25 Perjalanan Bagi Pengguna Di Luar KL Dan Seremban

Uber Menawarkan Diskaun RM4 Untuk 25 Perjalanan Bagi Pengguna Di Luar KL Dan Seremban

Diterbitkan pada Feb 20, 2017 oleh .

Uber sejak minggu lepas telah menawarkan perjalanan pada harga serendah RM0.99 untuk pengguna di Lembah Klang, membolehkan mereka menggunakan pengangkutan berkenaan pada harga sangat rendah jikalau dibandingkan dengan pelbagai pengangkutan awam lain. Kini, selain daripada promosi berkenaan, Uber turut menawarkan perjalanan bernilai RM100 untuk pengguna dari hari ini sehingga 5 Mac 2017 kelak.

Uber RM100

Uber membahagikan ia kepada 25 perjalanan, membolehkan pengguna mendapatkan diskaun sehingga RM4 untuk setiap perjalanan. Ini bermakna, sekiranya berjalanan berkenaan dibawah RM4, maka ia akan dikira percuma, dan sekiranya lebih daripada RM4, maka pengguna perlu membayar perbezaan harga selepas ditolak RM4.

Walaubagaimanapun, promosi ini adalah untuk pengguna di luar Lembah Klang dan Seremban sahaja. Ini mungkin salah satu cara untuk Uber menarik pelanggan baru di luar Lembah Klang dalam menggunakan perkhidmatan mereka. Dengan langkah daripada Uber ini, semestinya kita mungkin boleh melihat langkah balasan daripada Grab dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN