Cari @ Amanz

Di dalam komik Doraeomon, Mesin Cahaya Masa dan Pintu Suka Hati ialah dua alat yang paling kerap digunakan. Malang sekali kerana hukum fizik dan logik membuatkan dua alat ini mustahil untuk wujud di dunia sebenar. Oleh itu pengalaman realiti maya VR Anywhere Door dihasilkan di Jepun.

VR Anywhere Door membolehkan pemakai peranti realiti maya melihat bagaimanakah Pintu Suka Hati berfungsi di dalam dunia komik Fujio F Fujiko. Ia dihasilkan bagi mempromosikan filem animasi terkini Doraemon the Movie 2017: Nobita’s Great Adventure in the Antarctic Kachi Kochi/ Sekiranta anda duduk di Jepun, anda boleh mencuba VR Anywhere Door ini di Tokyo Solamachi bermula hari ini sehingga 14 April.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd