Linc – Moto Mods Radio Dua Hala Untuk Lenovo Moto Z Dihasilkan
Artikel Berkaitan

Linc – Moto Mods Radio Dua Hala Untuk Lenovo Moto Z Dihasilkan

Diterbitkan pada Feb 20, 2017 oleh .

Lenovo Moto Z dan Moto Z Play ialah dua peranti yang menyokong sistem aksesori modular Moto Mods. Sistem yang digunakan oleh Lenovo ini masih disokong tidak seperti yang berlaku kepada LG G6. Beberapa Moto Mods baru telah dihasilkan dengan pelbagai fungsi unik. Terkini Moto Mod radio dua hala (walkie talkie) Linc dihasilkan dan kini boleh disokong menerusi laman Indiegogo.

Linc membolehkan perhubungan dengan jarak sehingga lima kilometer. Ia turut menyokong penghantaran SMS walaupun tiada isyarat selular. Linc turut mempunyai kemampuan kalis air serta debu. Terdapat bateri sebesar 1500 mAh yang memberikan hayat penggunaan radio dua hala sehingga 20 jam. Aksesori ini mensasarkan pengguna yang masih memerlukan hubungan ke dunia luar sepanjang masa ketika di kawasan tanpa isyarat selular. Ia boleh ditempah pada harga $99 (~RM 442) sebuah.


TIPS & ULASAN