Facebook Mencabar LinkedIn Dengan Fungsi Permohonan Kerja Terbina

Facebook Mencabar LinkedIn Dengan Fungsi Permohonan Kerja Terbina

Diterbitkan pada Feb 20, 2017 oleh .

Facebook kini telah menjadi halaman utama yang dituju ramai apabila membuka pelayar web. Dengan lebih 1 bilion pengguna aktif, Facebook melihat kepada pelbagai arena, dan kini turut membolehkan pemilik perniagaan untuk mengambil permohonan kerja melalui Facebook Pages.

Facebook Jobs

Fungsi yang masih terhad kepada pemilik Facebook Pages di Amerika Syarikat dan Kanada ini membolehkan mereka membuka jawatan kosong dan mengambil permohonan terus melaluinya. Pemohon boleh mengisi sejumlah persoalan yang ditanya – dan seperti biasa, ia dipautkan terus ke profil pengguna.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan LinkedIn yang lebih memfokuskan kepada pekerjaan profesional sepenuh masa, melalui Facebook ia turut meliputi pekerjaan separuh masa dan yang lain-lain.

Facebook turut dikatakan bakal mengoptimasikan lagi platform mereka dalam memaparkan kerja yang menepati ciri-ciri tahap pembelajaran dan juga pengalaman kerja seseorang pengguna.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Facebook akan memperluaskan penawaran pencarian kerja ini kepada negara selain Amerika Syarikat dan Kanada.


TIPS & ULASAN