Panduan Galaxy Tab S3 Tertiris – Mengesahkan Sokongan S Pen Dan Ciri-Ciri Baru

Panduan Galaxy Tab S3 Tertiris – Mengesahkan Sokongan S Pen Dan Ciri-Ciri Baru

Diterbitkan pada Feb 20, 2017 oleh .

Tablet terbaru keluaran Samsung, Samsung Galaxy Tab S3 dijangka bakal diumumkan pada Mobile World Congress 2017 tidak lama lagi. Info mengenai telah tertiris beberapa kali sebelum ini, dan kini lebih maklumat hadir melalui buku panduan untuk Galaxy Tab S3.

Melalui buku panduan tablet Galaxy Tab S3 yang tertiris ini, ia mengesahkan kehadiran S Pen, rekabentuk asas tablet tersebut, antaramuka perisian, dan juga ciri-ciri baru yang diambil daripada Samsung Galaxy Note 7 sebelum ini. Pertama sekali ialah reka bentuk asas tablet tersebut. Buku panduan yang tertiris ini memberikan pengesahan berkenaan rekabentuk Galaxy Tab S3 berkenaan 0 dimana ia akan mempunyai pembesar suara di sisi, sebuah kamera belakang, dan juga sebuah port khusus yang boleh menghubungkan ia kepada papan kekunci.

Selain dari itu, tablet Galaxy Tab S3 ini juga akan menggantikan port microUSB kepada port USB Type-C, selari dengan perubahan yang bakal dilihat pada peranti mudah-alih Samsung tahun ini. Panduan ini juga menunjukkan bahawa tablet Galaxy Tab S3 ini akan mempunyai talam kad-SIM serta kad microSD..

Antaramuka tablet Galaxy Tab S3 juga nampaknya sama dengan antaramuka TouchWiz sebelum ini. Tetapi kini nampaknya pengguna boleh mengatur aplikasi-aplikasi kegemaran mengikut suka-hati mereka.

Stylus S-Pen Samsung juga dijangka pulang kembali bersama Galaxy Tab S3 ini. Seperti biasa, S Pen ini mempunyai sebuah butang, yang memberi pengguna akses kepada ciri-ciri tambahan melalui Air Command, seperti Screen Write, Translate, Smart Select, dan sebagainya.

Salah satu fungsi baru daripada Samsung Galaxy Note 7 juga akan hadir pada Galaxy Tab S3, dan ciri tersebut ialah Screen Off Memo, yang membenarkan anda menulis memo di atas paparan tanpa perlu menghidupkannya. Untuk mengakses ciri ini, anda hanya perlu pergi ke Settings, Advanced Features, dan di dalam menu S Pen, dan ketik pada pilihan Screen Off Memo. Apabila anda menulis menggunakan Screen Off Memo, tulisan tersebut akan disimpan di dalam Samsung Notes.

Seperti biasa, kita akan mendengar secara rasmi pelbagai info berkenaan Galaxy Tab S3 ini pada MWC 2017 yang akan mula berlangsung pada hari Ahad ini. Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal hadir daripada Samsung pada acara berkenaan.


TIPS & ULASAN