Cari @ Amanz

LG telah berkongsi sedikit demi sedikit informasi berkaitan apakah yang bakal dibawakan oleh LG G6. Terkini, melalui laman blog rasmi mereka, LG mengesahkan yang mana LG G6 bakal hadir dengan dwi-kamera menggunakan 13-megapixel setiap satu.

LG G6 Kamera

Kamera ini bakal menawarkan sokongan lensa sudut lebar, membolehkan pengguna merakamkan gambar pada sudut mencapai 125-darjah. Untuk kamera hadapan pula, LG G6 akan menggunakan kamera 8-megapixel dengan sudut rakaman mencapai 100-darjah.

LG mengatakan, dengan lensa ini, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar pemandangan sama seperti apa yang dilihat oleh sudut mata mereka tersendiri.

LG G6 juga turut akan hadir dengan beberapa mod rakaman khusus, seperti mod rakaman pada nisbah 18:9, mod rakaman panorama 360-darjah, mod rakaman gambar, selain mod rakaman pada nisbah 1:1 khusus untuk Instagram.

LG dijangka mengumumkan LG G6 pada awal minggu hadapan di Mobile World Congress 2017.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd